Bab
1
Part I
“Nanti majlis kahwin Diana, mama
sekalikan dengan majlis kahwin kakak!”
Hah?! Spontan mulutku terlopong
luas. Apa kena dengan mama ni? Huwaa.... tak mahulah macam itu. Aku memandang Kak Liana.
Boleh pula kakak aku nan seorang itu buat-buat tidak tahu. Memandang aku pun
tidak. Dok kusyuk sangatlah itu kononnya
menonton televisyen.
Aku mencebik. Macamlah aku tidak tahu
yang dia itu cuma pura-pura sahaja. Dengan orang lain bolehlah kau tipu, tapi
dengan aku jangan kau haraplah. Ini Diana Amir tau. Eh, apa pula nama pelakon
perempuan itu yang keluar. Nama aku Diana Nur Aisyah, orang panggil aku Diana. Inilah padahnya apabila mendengar kenyataan
mama. Buat jantung aku berdegup tidak mengikut rentak yang betul. Tak keruan. Bercakap
pun berterabur tak tentu kata.
Mama sudah berlalu dari ruang tamu. Meninggalkan
aku yang masih terpinga-pinga.
“Kak! Apa kakak dah cakap kat mama?”
soal aku pantas. Tak puas hati ni.
“Mana kakak ada cakap apa-apa. Mama yang
memang nak sekalikan majlis kahwin kita. Bukan kakak yang cucuk mama, tau,”
bela Kak Liana.
Tajam mata aku memandang wajah Kak
Liana. Boleh percayakah kata-kata dia?
“Kakak dah ada boyfriend. Dah memang plan
nak kahwin dah pun. Yang Diana ni ada apa? Diana tak ada siapa-siapa pun yang
boleh digelarkan sebagai boyfriend. Habis
tu Diana nak kahwin dengan siapa?” luah aku bersungguh-sungguh.
“Carilah boyfriend,” usul Kak Liana bersahaja.
Mata aku terbeliak. Ewah, senangnya
kakak aku ini berkata-kata.
“Kakak ingat, nak cari boyfriend tu macam nak cari ikan kat
pasar malam ke? Kalaulah semudah itu kak, dah lama Diana kahwin, tahu!” protes
aku.
Kak Liana tergelak. Hisy, orang tengah serius ni boleh pula dia gelak-gelak macam orang
senang hati. Tahu tak hati aku ini dah tak senang? Kepala berserabut.
“Itulah Diana, dah lama mama bagi hint. Suruh cari calon suami, kenalkan
kat dia. Tapi Diana buat apa? Buat bodoh aje, kan? Mama dah lama sangat tunggu.
Mama dah penat nak membebel, itu sebab dia bagi arahan terus. Ha, sekarang,
padanlah dengan muka tu,” bebel Kak Liana. Dia seperti menyalahkan aku pula.
Huwaaa.... kenapalah semua orang tak
mahu faham dengan keadaan aku?
“Kakak pujuk la mama. Tak payah
sekalikan majlis kahwin tu. Diana janji, lepas majlis kahwin kakak, Diana mesti
kenalkan calon suami Diana. Pleaseee.....”
rayu aku kepada Kak Liana. Bahunya aku goncang-goncangkan dengan kuat, sampai
terdorong badannya yang kurus itu ke hadapan.
“Kakak tak nak masuk campur. Kalau Diana
nak, Diana cakap sendiri dengan mama,” balas Kak Liana.
“Alaaa... susah laaa...”
Aku terus bangun dan masuk ke bilik
dengan fikiran yang berkecamuk. Mama.... kenapa buat Diana macam ni? Diana
belum puas jadi anak manja mama. Belum puas nak hidup enjoy sebagai orang bujang. Lagipun, Diana belum bersedia nak
kahwinlah, mama.
Memasak pun aku tak reti, tahunya masak
nasi, masak air, masak maggi dan goreng
telur. Kalau aku kahwin sekarang, tak ke kesian pada suami aku. Kurus kering
jadinya nanti dek tak cukup makan. Kan
dah menganiaya anak orang namanya tu?
Lagu dendangan Ayushita bertajuk Tuhan
Beri Aku Cinta tiba-tiba sahaja menerjah pendengaran. Lagu ni best, sebab itu aku setkan sebagai lagu
mesej pada telefon bimbit aku. Pantas aku buka mesej yang datang.
“Diana Nur
Aisyah, sudikah Diana
menjadi isteri Aaron?” - Aaron
menjadi isteri Aaron?” - Aaron
Hampir terjojol biji mata aku membaca
mesej tersebut.
Hai... Diana, tadi kata tiada boyfriend. Habis tu, siapa jejaka si
penghantar mesej yang sangat romantik itu?
bersambung dalam bab 1, part II.... akan disambung nanti...
hahahah... makni bertambambah xcited
BalasPadambest3... cepat2 sambong erkk kaq norazzz....
BalasPadambest3... cepat2 wat sambungan dye erkk akq norazzz...
BalasPadamakan cuba sambung cepat. tq sudi baca ya.
BalasPadamtahniah
BalasPadamterima kasih banyak-banyak.
BalasPadamTeng teng teng...hehehe
BalasPadamSiti Saleha, apa teng... teng.. teng... hehe....
BalasPadam