Khamis, 12 Januari 2012

Novel Awal Remaja: Aku Puteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Buat julung kalinya saya menghasilkan novel awal remaja bertajuk AKU PUTERI terbitan FAJAR PAKEER. Saya amat berterima kasih kepada PUAN SYIMA SYAWAL yang telah menarik perhatian saya untuk menulis dalam genre ini. Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada CIK AZRINA NUR RUSLY dan rakan-rakan yang telah banyak membantu dan menyokong saya dalam menghasilkan karya kedua saya ini selepas penghasilan novel pertama genre dewasa bertajuk OPS! PINTU HATIKU terbitan KAKI NOVEL.

Inilah dia kulit hadapan novel tersebut:
Dan ini pula ialah blurb (sinopsis kulit belakang novel):


Adriana tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang puteri. Dia hanya seorang gadis biasa yang hidupnya diselubungi kesedihan. Namun tiba-tiba status dirinya berubah dalam sekelip mata....


"Adikku Puteri Adriana, sekarang adik berada di dalam istana. Istana ni rumah kita," beritahu puteri cendana. Adriana pula masih terkebil-kebil memandang wajahnya. 

"kakak ni...kakak Adriana?" teka Adriana. 

"Nama kanda ialah puteri cendana. sudah lama kanda mencari dinda. Nama dinda yang sebenar ialah Puteri Adriana," terang Puteri Cendana, mula menggunakan bahasa istana.

Apakah sebenarnya yang terjadi? Mungkinkah kegembiraan dan kebahagiaan bakal menjadi milik Adriana?


Harganya pula adalah RM 12.00

Jemputlah dapatkan novel ini.

Terima kasih semua (^_^)

6 ulasan:

  1. boleh. setakat ni boleh beli online sebab kat kedai belum ada lagi.

    BalasPadam
  2. buku ni sesuai untuk remaja ke?

    BalasPadam
  3. untuk remaja 15 tahun ke atas tak sesuai kerana sasaran pembaca buku ini adalah golongan awal remaja dan kanak2 (9-15 tahun). Buku ini bercorak fantasi. Namun boleh saja dibaca oleh sesiapa yang berminat.

    BalasPadam
  4. akak.. boleh tak akak buat untuk baca online?

    BalasPadam
  5. Maaf ya adik Fie_zah, novel Aku Puteri ni tak ada versi online.

    BalasPadam