Khamis, 22 Mac 2012

Saya Sayang Kamu

Saya nampak anda keluar masuk ke blog saya. Mula-mula saya hanya memandang. Tak apalah, anda hanya membaca apa yang saya paparkan di dalam blog, detik hati saya sejujurnya.

Namun lama kelamaan, hati saya berdetik lagi. Alangkah bagusnya kalau saya dapat berinteraksi dengan anda semua merangkap pembaca kepada karya saya yang tidak seberapa ini. 

Saya menghargai kehadiran anda, saya menyedari kehadiran anda, namun saya tidak dapat menikmati kehadiran anda. Jika sudi, tinggalkanlah jejak anda di ruangan komen atau chatbox supaya saya dapat melihat dan membaca sama seperti anda. 

Saya sayang anda semua kerana saya tahu anda ada di sana walau anda hanya menyepi. 

Saya mahu anda sedar bahawa andalah semangat saya. Tanpa kehadiran anda, tidak mungkin saya mampu berkarya. 

Bagai irama dan lagu... Bagai uda dan dara... Bagai tangkai dan bunga... Bagai tulisan dan pembaca.... Bagai pemberi dan penerima... tanpa salah satu daripadanya, ia bagai tiada makna. Begitulah ibaratnya, saya dan anda.

Muahh ♥ (^_^) ♥ buat semua yang sudi menyokong saya selama ini.
~Sama-sama kita melihat dan membaca~

2 ulasan:

  1. Hi,.. Teruskan berusaha,.. Sentiasa perbaiki hasil penulisan dan cuba lebarkan sayap ke genre2 lain pula,.. I'll always reading and support you,.. (-_-)>o PEACE!

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak ya, Kencana_teruna :-)

    BalasPadam