Isnin, 1 Disember 2014

Mari Beli Buku Terbaharu Saya - Antologi Novelet Maraton Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Setelah agak lama tidak mengeluarkan buku, kali ini saya muncul dengan karya terbaharu iaitu novelet berjudul ENGKAU CURI HATI AKU yang dimuatkan dalam buku Antologi Novelet Maraton Cinta.

Buku antologi ini memuatkan 3 penulis lain iaitu MARATON CINTA 360 oleh ARNIEZA BELLA, Dee Angaurian oleh PUSS VAKKER, dan Hati Kama - Ku Peluk Rindu oleh NUR DILA.





Harga asal RM32, harga promosi kini hanya RM28

RM28 + 6 (Pos Laju - Semenanjung Malaysia) = RM34
RM28 + RM9 (Pos Laju - Sabah & Sarawak) = RM37

Anda berminat? 
Boleh buat pembayaran ke:

1660 1015 0803 (Maybank - Norazlikha binti Mat Som)

702 3746 008 (Cimb - Norazlikha binti Mat Som)


Sila lampirkan:
1) Resit pembayaran
2) Nama penuh
3) Alamat penghantaran
4) Nombor telefon  
5) Kuantiti dipesan
ke emel az_lavender@yahoo.com 
atau mesej/whatsapp 012-3784545


Okeylah, saya belanja sikit, jom baca sedikit sedutan daripada novelet ENGKAU CURI HATI AKU. Zasss!

********

“Hai, sayang!” tegur seseorang secara tiba-tiba.

Spontan aku menoleh ke arah dari mana datangnya suara itu. Bulat mataku tatkala memandang wajah Akim Zikry dan Aaron Fahmi yang sedang bergandingan. Setahu aku mereka ini bermusuh. Namun mengapa kini mereka kelihatan seperti kawan baik?

“Ini untuk awak. Tahniah!” ucap Akim Zikry sambil menghulurkan sejambak bunga mawar pelbagai warna kepadaku.

Oh, cantiknya! Belum sempat aku menyambut, tiba-tiba….

“Bunga ni pun untuk awak juga. Ambillah!” Laju Aaron Fahmi menuturkan ucapan itu.

Aku terkedu. Begitu juga dengan Akim Zikry.

“Hmmm... maaf! Saya tak suka bunga matahari,” tuturku. Tanpa belas kasihan aku menolak bunga pemberian Aaron Fahmi itu.

“Nama saya Ros, sudah tentulah saya sukakan Roses. Terima kasih, Akim!” ucapku seraya menyambut bunga pemberian Akim Zikry.

Ah, kasihannya Aaron Fahmi! Maafkan aku, ya! 

Tanpa membuang masa aku terus melangkah mendekati mama dan Kak Ida yang sudah bersedia untuk bergambar. Pelbagai aksi kami gayakan di hadapan jurukamera. Dan dalam semua aksi itu, kedudukan Aaron Fahmi adalah di bahagian tepi sekali. Wajahnya masam mencuka. Tidak puas hati mungkin kerana tidak dapat bergambar di sebelah aku. 

Tiba-tiba Aaron Fahmi merempuh bahagian tengah di antara aku dan Akim Zikry. Buang tabiatkah? Habis bunga pemberian Akim Zikry rosak teruk kerana telah terhempas di atas lantai. Semua orang terkejut dengan kejadian itu.

Jelingan paling tajam aku hadiahkan kepada Aaron Fahmi.

“Apa hal tolak-tolak orang ni?” marahku. Cepat-cepat aku mengutip kembali jambangan bunga mawar yang sudah tidak ada rupa bunga lagi.

“Maaf! Aaron tak sengaja!” luah Aaron Fahmi.

“Tipu. Sengaja, kan?” bantahku.

“Betul! Aaron tak sengaja. Tiba-tiba tadi Aaron tak dapat seimbangkan badan.” Aaron Fahmi masih membela diri.

Ah, macamlah aku tidak tahu yang dia memang sengaja. Kalau betul dia tidak dapat seimbangkan badan, kenapa dia tidak jatuh? Elok sahaja dia berdiri selepas merempuh kami. Dia memang sengaja mahu merosakkan bunga pemberian Akim Zikry. Aku tahu!

Kelihatan Aaron Fahmi merapikan gubahan bunga matahari yang masih berada di tangannya. Dihembus-hembusnya bunga itu seperti menghembus makanan yang panas. Kononnya mahu membuang habuk mungkin. Aku mencebik. Entah apa-apa saja Aaron Fahmi ni.

“Nah! Ambil bunga ni. Bunga di tangan Ros tu dah rosak. Tak cantik kalau Ros ambil gambar tanpa bunga tau!” pelawa Aaron Fahmi seraya menghulurkan bunga tersebut.

Heee! Jijik! Spontan otakku terbayang hembusan-hembusan yang Aaron Fahmi lakukan terhadap bunga tersebut. Entah-entah terdapat air liur dia yang menempiasi bunga-bunga itu. Gelilah nak pegang! Aku masih kaku. Sedikit pun hati ini tidak teringin untuk menyambutnya.

Seketika terasa lenganku dicuit seseorang. Spontan aku menoleh. Kak Ida sedang memandangku dengan riak wajah penuh makna. Adakah Kak Ida mahu aku menerima bunga itu? Terbayang sahaja perbuatan tidak senonoh Aaron Fahmi sebentar tadi, hati aku terus memberontak tidak mahu.

*************************************

“Eh! Kenapa dengan bunga kamu, Ros? Rosak tu!” tegur papa sambil melirik ke arah jambangan bunga mawar di tanganku.

Spontan mataku teralih ke arah Aaron Fahmi. Ini semua dia punya fasal! Lelaki itu hanya tersengih. Kacak sangatlah kononnya tersengih macam itu. Meluat!

“Gantikan dengan bunga ni?” Sekali lagi Aaron Fahmi menghulurkan jambangan bunga matahari.

Papa seperti sedang memberi isyarat supaya aku menerima bunga yang dihulurkan oleh Aaron Fahmi itu. Ah, papa... apa sahaja untukmu! Kalah dengan arahan papa, akhirnya aku menyambut juga sejambak bunga matahari yang sudah berkali-kali aku tolak itu. 

Sebaik sahaja bunga itu terlepas dari tangan Aaron Fahmi, lelaki itu terus melompat-lompat kesukaan. Bulat mata semua orang yang ada di situ melihat reaksinya yang sudah seperti seekor kera mendapat bunga.

“Aaron!” Malu dengan pandangan semua orang, aku memanggil namanya dengan kuat. Sedarlah diri tu sikit!

Mungkin terkejut dengan panggilanku, Aaron Fahmi berhenti secara automatik. Menyedari semua mata sedang memandang ke arahnya, dia tersengih sambil menundukkan wajah.

“Sorry...” ucapnya perlahan.

Hee! Buat malu orang sahaja! Kalau ya pun hati tu gembira sangat, tak payahlah nak melompat-lompat macam orang tak betul. 


Antologi Novelet
Tajuk: MARATON CINTA
Penulis: Engkau Curi Hati Aku (Noraz Ikha), Maraton Cinta 360 (Arnieza Bella), Dee Angaurian (Puss Vakker), Hati Kama - Ku Peluk Rindu (Nur Dila) 
ISBN: 978-967-13082-0-2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan