Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Saya ingin membuat perubahan kepada jadual karya yang telah saya buat sebelum ini. Ini dia jadualnya:
Setiap hari, saya akan menaip cerita yang berlainan. Belum cuba belum tahu. Tetapi setelah beberapa hari saya cuba mengaplikasikan jadual ini, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan otak saya. Takut pula watak atau jalan cerita antara satu cerita dengan satu cerita yang lain akan bercampur.
Jadi.... akhirnya saya membuat satu keputusan. Selepas ini, saya akan menaip dua cerita iaitu 'Anak Panah Cinta' dan 'Faezah Hani & Daniel Faizi' sehingga habis. Selepas itu barulah saya akan menaip cerita yang lain iaitu 'Ops! Jangan Main Cinta' dan 'Sudikah Kau Terima?'. Mengikut perancangan, saya mahu menyiarkan bab baru pada setiap hari. Tapi takut pula saya tidak sempat menaipnya. Jadi bila siap satu bab saja saya akan terus memasukkannya ke dalam blog ini. Dua cerita ni sebenarnya ialah mini novel. Tetapi jika had muka suratnya sudah terlebih, saya akan menjadikannya novel.
Untuk cerpen pula, saya tetap akan menaipnya, jika tiada aral melintang cerpen akan disiarkan di blog ini dan di laman penulisan2u.my pada hari sabtu atau ahad.
Harap maklum ya semua..... terima kasih.
Salam sayang teristimewa,
Noraz Ikha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan